Artikel

MyNEPT – Bantu Usahawan Kenalpasti Kekurangan Perniagaan

Kini para usahawan boleh menyertai Ujian Psikometrik Usahawan Nasional (MyNEPT) untuk membantu mengenalpasti kekurangan pada perniagaan mereka.

Inisiatif miliki Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) ini diwujudkan bagi menangani kesan yang diterima perniagaan ketika ketidaktentuan ekonomi global sedang berlaku, tambahan pula krisis COVID-19 telah merumitkan lagi prestasi kewangan masing-masing.

Seperti yang umum ketahui sejak Mac lalu, rata premis perniagaan mengalami kemerosotan rentetan penularan wabak pandemik. Oleh itu, platform ini bukan sahaja membantu dari segi semakan kekurangan sahaja namun turut dapat membantu premis dari segi bantuan kewangan.

Malah, ia juga dilihat sebagai langkah persediaan usahawan pada pembentukan Revolusi Industri Keempat, IR4.0.

Setakat ini lebih 10,000 penyertaan usahawan telah dicatatkan sejak pengenalannya pada tahun lalu, 2019. Bagi pengusaha yang berminat untuk ketahui maklumat lanjut berkenaan ujian ini – boleh layari pautan www.mynept.com.