Artikel

Jom MSPO Dorong Penanaman Sawit Lestari Dalam Kalangan Pengusaha Kecil

Pelaksanaan Jom MSPO (Malaysian Sustainable Palm Oil) di Sabah dorong tingkatkan penyertaan pemain industri pensendirian dan pekebun kecil dalam peroelehan pensijilan bagi sektor minyak sawit negara.

Lebih 160 buah negara, merangkumi pasaran Eropah menjadi rutin negara dalam mengeksport minyak sawit. Penguatkuasaan perolehan sijil ini secara terus dapat menjadikan pengeluaran minyak sawit negara lebih berkualiti dan diperakui.

Menerusi Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) – inisiatif ini bagi memastikan para pengusaha sawit mampu menjalankan tanaman sawit berteraskan Amalan Pertanian Baik (GAP), ini dapat mempertingkatkan kualiti lestari negara.

Malah tujuan pelaksanaan perolehan sijil ini juga adalah untuk meningkatkan pendapatan para pemain industri.