Setiap peristiwa pastinya membawa hikmah tersendiri kepada iniduvidu, bangsa mahupun negara.
Pada 13 September 1945 adalah detik yang cukup bermakna buat Tanah Melayu di mana Penjajahan Jepun di bawah arahan Panglima Pasukan Besar ke 29 – Leftenan Jeneral Teizo Sishiguro mula ditamatkan.
Untuk makluman Jepun telah mula menyerang Tanah Melayu pada Disember, 1941. Sejak itu penaklukan mereka membawa pelbagai tumpahan darah mahupun airmata kepada rakyat negara.
Penindasan demi penindasan telah menjadi rutin buat rakyat negara ketika itu. Namun siapa sangka akhirnya peristiwa tragedi itu dapat ditamatkan apabila upacara penyerahan kuasa tentera Jepun kepada tentera British mula dipersetujui.
Sesi penyerahan tersebut telah dilakukan di Victoria Institution, Kuala Lumpur – pelaksanaan penyerahan itu sekaligus mengisytiharkan tamatnya pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
Ini bermakna seramai 6,800 anggota tentera Jepun telah melucutkan senjata mereka berdasarkan arahan dari Maharaja Jepun.
Apa yang lebih menarik – pengakhiran pendudukan Jepun di Tanah Melayu ini dilaksanakan rentetan pada Ogos, 1945 – kota Nagasaki dan Hiroshima telah diletupkan oleh pihak British.
Pengisytiharan itu membawa kepada penamatan Perang Dunia Kedua dan tanda Jepun menyerah kalah pada penjajahan.
Meskipun peristiwa penjajahan Jepun telah menindas maruah rakyat negara – namun bermula saat itu, semangat patriotik iaitu cinta akan negara semakin menebal pada pejuang negara. Di sinilah bermulanya detik di mana semangat kemerdekaan mula ditekankan pada rakyat negara.
Semangat yang ingin membebaskan negara dari ancaman komunis dunia.