Artikel

Malaysia Dijangka Mengeluarkan Durian Mencapai 443,000 Tan Metrik Menjelang 2030

Durian merupakan salah satu buah yang agak unik, dan mempunyai peminat dan permintaan yang tinggi. Terbaru, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyasarkan pengeluaran durian negara akan meningkat kepada 443,000 tan metrik menjelang 2030 kelak.

Buat masa ini, pada tahun 2019 yang lepas, Malaysia telah mengeluarkan durian sebanyak 384,170 tan metrik. Unjuran terbaru ini dilakukan berdasarkan kepada saiz kawasan tanaman durian di Malaysia yang seluas 72,536 hektar pada 2019.

Di Malaysia, tiga negeri dengan angka pengeluaran durian yang tinggi adalah Pahang, Johor dan juga Sarawak. Raub, Pahang adalah pusat pengeluaran utama untuk Durian Musang King.

Di Raub sahaja, ia mempunyai kawasan penanaman durian seluas 11,201 hektar dengan pengeluaran sebanyak 70,650 tan metrik bernilai sekitar RM1.3 bilion.

Lima destinasi eksport utama untuk durian dari Malaysia adalah ke Singapura, Hong Kong, Amerika Syarikat, China dan jua Vietnam.