Artikel

Selangor Kini Membenarkan Operasi Restoran Dan Kedai Serbaneka Sehingga 2 Pagi

Kerajaan negeri Selangor kini telah mengumumkan mereka membenarkan kedai serbaneka dan restoran untuk beroperasi sehingga 2 pagi.

Sebelum ini, dibawah Perintah Kawalan Pergerakan, restoran dan kedai serbaneka hanya dibenarkan beroperasi sehingga 12 tengah malam. Namun, pada minggu lepas, kerajaan telah mengumumkan kini sektor berkenaan dibenarkan untuk beroperasi sehingga 2 pagi.

Walaubagaimanapun, setiap negeri masih dilihat boleh mengawal pelaksanaan berkenaan. Semalam, DBKL telah mengumumkan operasi restoran dan kedai serbaneka masih dihadkan sehingga 12 tengah malam untuk memudahkan pemantauan dan kawalan.

Kerajaan sebelum ini telah membuka beberapa sektor secara berperingkat sedikit demi sedikit dalam usaha untuk memulihkan ekonomi seperti pra-Covid sebelum ini.