Seperti yang umum ketahui, pengangkutan kereta api adalah antara pengangkutan utama di Tanah Melayu. Penubuhannya telah bermula sejak zaman penaklukan British lagi dengan bertanggungjawab mengangkut tin perlombongan ke pelabuhan.
Untuk makluman, dahulu ia dikenali sebagai Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu. Bagaimanapun, bermula tahun 1962 nama perkhidmatan tersebut telah beralih kepada Keretapi Tanah Melayu (KTM).
Setelah itu bermulalah detik sejarah kita kali ini iaitu pada tarikh 11 September 1992 telah tercetusnya pelancaran Syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Tindakan itu dilakukan bagi memfokuskan kepada peningkatan bahagian korporat perkhidmatan tersebut. Secara tidak langsung membawa kepada peralihan penswastaan KTMB pada industri negara.
Bagaimanapun KTMB masih lagi dibawah pemilikan penuh kerajaan Malaysia.
Ini secara tidak langsung mengubah fokus KTMB pada pembangunan ekonomi Malaysia. Ia tidak lagi tertumpu pada bahagian pengangkutan sahaja namun merangkumi penyediaan kemudahan lain dengan penawaran harga yang lebih berpatutan kepada pengguna negara.
Perubahan secara jelas dapat dilihat pada tahun 2020, di mana transformasi pada komponen pengangkutan keretapi stim telah beralih kepada komponen keretapi eletrik. Malah sistem perolehan tiket juga turut mengalami peralihan yang sama – bersesuaian dengan aliran teknologi negara.
Sehingga 2018, KTMB telah berkhidmat dengan 39.5 juta penumpang dan memiliki rangkaian landasan sepanjang 1,677 kilometer pada 100 stesen perkhidmatan di setiap 10 negeri.