Artikel

Kadar Pengangguran Bagi Julai 2020 Papar Penurunan – Kini 4.7%

Kadar pengangguran kini menurun kepada 4.7% sebanyak 745,100 individu.

Angka pengangguran telah berkurangan sebanyak 28,200 individu.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM), berdasarkan terbitan Perangkaan Tenaga Buruh pada hari ini pasaran buruh negara menunjukkan aliran positif tenaga kerja sehingga Julai 2020.

Faktor ini didorong berikutan peningkatan penggunaan tenaga kerja bermula Jun 2020 lalu. Peningkatan ini dapat dilihat dengan ketara pada sektor perkhidmatan merangkumi restoran, perhotelan, pengangkutan, platform e-dagang dan perkhidmatan penghantaran.

Malah, ia juga turut diorong oleh pertumbuhan positif sebanyak 2.1% Indeks Pengeluaran Perkhidmatan (IPP) bagi tiga sektor perlombongan, pembuatan dan elektrik. Sementara itu. prestasi perdagangan dan runcit pula merekodkan kenaikan dengan RM108.7 bilion – peningkatan ini berikutan pembukaan operasi perniagaan setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah meningkatkan aliran perbelanjaan isi rumah negara.

Meskipun ekonomi negara kian memaparkan pemulihan – DoSM berpendapat kadar pengangguran negara masih di tahap kritikal kerana ia melebihi 700,000 individu. Pelbagai inisiatif lain perlu dipertingkatkan untuk mengurangkan kadar tersebut bagi membantu pertumbuhan ekonomi negara.