Artikel

Sekitar 945 Individu Diisytiharkan Muflis Bagi Januari Hingga Julai Tahun Ini

Sekitar 945 individu kini disytiharkan muflis sehingga Julai tahun 2020.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Shabudin Yahaya – kumpulan tersebut terdiri daripada 18 tahun hingga 35 tahun.

Malah, berdasarkan pantauan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) juga lebih 100 kes bankrap telah direkodkan, ini bagi kumpulan umur 31 hingga 35 tahun.

Bagi membantu menangani isu itu, pelbagai kempen kesedaran perlu diperkayakan. Didikan pada peringkat awal amat penting khususnya kepada golongan belia.

MdI mengatakan inisiatif itu sedang dilakukan pada pelbagai sektor seperti institut pengajian tinggi, agensi awam dan swasta.

Selain itu, Badan Kaunseling dan Pengurusan Hutang (AKPK) juga turut serta dalam menangani permasalahan ini. Datuk Shabudin menyifatkan tindakan insiatif ini mampu membantu rakyat negara untuk lebih memahami pengurusan kewangan, tambahan situasi pandemik turut menjadi faktor utama yang mendorong kepada ketiadaan simpanan.