Perkhidmatan perlindungan ke atas kanak-kanak telah lama dibentuk sejak dulu lagi, untuk Malaysia – Jabatan Kebajikan Masyarakat yang mengetuai peranan ini.
Pelbagai faktor telah diutamakan bagi memastikan hak kanak-kanak terus terpelihara, khususnya bagi kanak-kanak kelainan upaya.
Lalu bagaimana sejarah ini tercetus?
Pada tanggal 10 September 1926, Yayasan St. Nicolas telah menjadi pencetus kepada penubuhan Rumah Kanak-Kanak Kurang Upaya Pertama di Melaka, Tanah Melayu pada ketika itu. Ia merangkumi kekurangan dari segi anggota badan fizikal dan kehilangan penglihatan.
Detik itu menyaksikan bermulanya pemahaman rakyat negara berhubung kepentingan melindungi dan menjamin hak kumpulan kanak-kanak ini.
Tidak lama setelah itu, tahun 1931 – Yayasan St. Nicholas telah mula berpindah ke negeri Pulau Pinang. Di mana perkhidmatan menjadi lebih luas menyebabkan mereka bertindak berpindah ke bangunan yang lebih banyak di Bagan Jermal.
Rentetan itu, Yayasan St. Nicolas mula memfokuskan matlamat mereka kepada pengkhususan perkhidmatan kanak-kanak buta sahaja. Ini kerana pada pengamatan mereka pendidikan kepada kumpulan kanak-kanak ini harus diberi perhatian.
Setelah itu, pelbagai kajian dan penyelidikan dilakukan bagi memastikan pendidikan setarf dengan kanak-kanak normal dapat ditawarkan kepada kanak-kanak istimewa ini.
Lebih menarik usaha Yayasan St. Nicolas ini turut diperakui oleh kerajaan pada tahun 1961 – detik itu menjadikan St. Nicolas diiktiraf sebagai sekolah bantuan kerajaan.
Usaha itu tidak terhenti disitu sahaja. Tahun 70-an St. Nicolas mula meluaskan perkhidmatan mereka kepada golongan kelainan upaya dewasa pula, kini matlamat mereka tidak hanya kepada kanak-kanak namun merangkumi semua kelas umur.
Hasil Yayasan St. Nicolas ini secara tidak langsung menjadi pencetus kepada badan kebajikan di negara kita. Melalui usaha murni mereka, kini kumpulan orang kelainan upaya dapat merasai nikmat yang sama seperti insan normal yang lain.