Artikel

OPR Kekal Pada Paras 1.75% – BNM

Bank Negara Malaysia (BNM) kini mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tahap yang sama, iaitu 1.75%.

Keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) ini memperlihatkan ekonomi negara berada dalam fasa pemulihan. Penetapan OPR pada kadar yang sama sedikit sebanyak membantu para peminjam dan pihak bank dalam mengukuhkan semula ekonomi negara.

Malah tindakan ini turut membantu mengukuhkan lagi dasar fiskal negara serta memperkemaskan lagi kaedah pengurusan kewangan ketika krisis COVID-19 ini.

MPC juga akan terus menilai keadaan semasa dan implikasinya terhadap prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri secara keseluruhan.

Bank Negara Malaysia akan terus menggunakan alat-alat dasarnya yang bersesuaian bagi mewujudkan keadaan yang menyokong pemulihan ekonomi secara berterusan.