Artikel

Shopback : Pengguna Berbelanja Lebih Tinggi Untuk 2 Jam Pertama 9.9 Berbanding Tahun 2019

Shopback merupakan salah satu perkhidmatan yang menawarkan pulangan tunai kepada pengguna untuk pembelian atas-talian. Ini juga sekaligus memudahkan mereka untuk memantau data pembelian dan mengetahui trend pembeli yang melalui platform mereka ke laman-laman edagang diluar sana.

Menurut Shopback, trend pembelian 2 jam pertama pada jualan 9.9 tahun 2020 ini memperlihatkan pengguna berbelanja lebih tinggi jikalau dibandingkan dengan tempoh sama untuk tahun 2019 yang lepas. Sebelum ini, Shopback pernah mengatakan pada 2019 yang lepas dimana trend pembelian 9.9 adalah hampir 4 kali ganda lebih tinggi berbanding hari biasa.

Shopback turut mengatakan kategori yang popular adalah “Home & Living”, “Health & Beauty” dan juga elektronik. Dan dari segi platform yang dituju adalah Shopee, Taobao, Zalora, Watsons dan Booking.com.

Data yang dikeluarkan Shopback ini adalah data peringkat awal, dan bukannya data keseluruhan untuk 9.9 yang lepas.