Artikel

Krisis Ekonomi Global Tidak Akan Pulih Sepenuhnya – Ketua IMF

Meskipun, landskap ekonomi dunia kini memaparkan tanda pemulihan namun tanpa pengeluaran vaksin – keadaan itu tetap membimbangkan.

Kenyataan Ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva pada Forum Ekonomi Dunia semalam telah memberi penekanan kepada semua kerajaan negara untuk terus menyokong premis dan pekerja dikala krisis COVID-19 masih belum berakhir.

Tindakan ini untuk menghindarkan berlakunya muflis atau penutupan operasi perniagaan. Keadaan itu akan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi dunia.

Malah saranan lain yang turut diberikan adalah memanfaatkan situasi ini dengan mempertingkatkan lagi kemahiran tenaga kerja di samping mempercepatkan peralihan ekonomi digital supaya dapat mengurangkan jurang ekonomi ketika ini. Sekaligus dapat menyokong program yang membawa negara ke arah pertumbuhan dunia lebih lestari dan inklusif.

Bagaimanapun, Kristalina tetap mengatakan pertumbuhan ekonomi dunia tidak akan pulih sepenuhnya sekiranya vaksin yang tepat dapat dihasilkan.