Tiffany & Co, premis barangan kemas kini telah mendakwa LVMH (Moët Hennessy Louis Vuitton) berikutan membatalkan tawaran pengambilalihan mereka bernilai AS$16 bilion.
Sebelum ini, LVMH, yang dikendalikan jutawan Bernard Arnault, telah menawarkan perjanjian untuk mengambilalih premis AS- Tiffany & Co. ini dengan harga AS$16.2 bilion, menjadikannya pemerolehan jenama mewah terbesar yang pernah ada.
Secara tidak langsung ia menambah portfolio syarikat itu, termasuk Louis Vuitton dan Sephora.
Berikutan penularan COVID-19, tawaran tersebut telah ditangguhkan namun telah dibatalkan oleh Kementerian Luar Perancis susulan konflik ancaman tarif AS terhadap produk Perancis.
LVMH mengatakan telah menerima surat dari Kementerian Luar Perancis yang meminta pihaknya untuk menunda tawaran tersebut sehingga 6 Januari 2021.
Bagaimanapun, LVMH berpendapat tindakan itu mustahil untuk dilakukan lebih-lebih lagi tarikh akhir perjanjian itu adalah pada 24 November ini.
LVMH turut menambah bahawa ia tidak bersedia memperluaskan perjanjian itu lebih jauh.
Setakat ini, saham Tiffany & Co. telah jatuh sehingga 13% pada dagangan pasaran, sementara itu saham LVMH pula turun 0.9%.