Netflix merupakan salah satu syarikat yang menawarkan sokongan penstriman video secara atas-talian, dan beroperasi pada peringkat global dengan penerbitan kandungan sendiri, selain turut menyertakan kandungan daripada pelbagai syarikat-syarikat penerbit video seluruh dunia.
Dengan popularitinya, semestinya ia menjadi persoalan sama ada Netflix merupakan sebuah syarikat media atau teknologi.
Menyentuh mengenainya, Reed Hastings, CEO Netflix mengatakan mereka merupakan sebuah syarikat hiburan.
Ia dikatakan syarikat media sering melibatkan pengiklanan, sementara syarikat teknologi pula memerlukan pembangunan pelbagai aplikasi seperti dilakukan Microsoft dan Google.
Netflix, walaupun dijana teknologi, tetapi mereka bukanlah sebuah syarikat teknologi, menurut CEO Netflix.