Artikel

9 September 2001 – Pelancaran Hari Hak Asasi Manusia Malaysia

Detik hari ini adalah Malaysia telah melancarkan Hari Hak Asasi Manusia Malaysia pada 9 September 2001.

Pelancaran ini selari dengan gagasan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 199, Akta 597. Ia telah diwartakan untuk memartabatkan piawaian tingkah laku manusia pada perundangan bagi peringkat negara dan antarabangsa.

Hari bersejarah tersebut telah dilaksanakan oleh Perdana Menteri kelima, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Tujuan pelancaran ini adalah untuk memajukan pembangunan sosial serta hak ekonomi masyarakat negara menjadikan ia lebih mampan. Malah secara tidak langsung turut dapat mengubah persepsi status dan suara rakyat dalam semua perkara.

Hak asasi ini tanpa mengira warna kulit, agama mahupun status sosial.

Malah, pelaksanaan ini turut disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), di mana inisiatif kerajaan dalam meningkatkan hak asasi rakyat pada peringkat tertinggi adalah tepat.

PBB sendiri telah menfailkan perkara yang seharusnya dimiliki oleh setiap individu pada Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) untuk memastikan maruah dan harga diri manusia dapat dihormati dan dilindungi.

Menerusi pelancaran ini juga kerajaan turut akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba mengugat keamanan dan kestabilan negara.

Ini kerana, semua ketahui asas bagi setiap hak asasi manusia ialah kefahaman bahawa setiap insan memiliki maruah dan harga diri.