Sekiranya pandemik ini berterusan, maka anggaran kematian kanak-kanak mampu mencecah sehingga 6,000 kematian setiap hari.
Tanpa sedar situasi ini mampu membahayakan kemajuan seluruh negara dalam meningkatkan semula pertumbuhan ekonomi dunia.
Tinjauan UNICEF, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Bank Dunia (WOB) ini secara jelas menunjukkan angka tersebut jauh lebih tinggi berbanding tahun lalu mencatatkan sekitar 5.2 juta kematian kanak-kanak kerana ia penyakit yang dapat dicegah.
Tinjauan merangkumi 77 negara ini mendapati 68% masalah utama negara adalah mengalami gangguan pada pemeriksaan imunisasi dan kesihatan kanak-kanak.
Pemerhatian ini memperlihatkan peruntukan pada bahagian kesihatan perlu diutamakan.
Menurut John Wilmoth, Pengarah Bahagian Penduduk di Jabatan Ekonomi dan Sosial PBB, dunia kini telah mencapai kemajuan yang besar. Oleh itu kita berpotensi dalam mengurangkan kadar kematian tersebut.
Keperluan ini penting dalan memperbaiki semula ketidaksamaan kadar kematian dunia. Secara tidak langsung ia akan mengubah prospek kehidupan dan sektor kesihatan dunia.