Artikel

Kekurangan Tenaga Kerja Beri Kesan Pada Pengeluaran Sawit – MPOA

Perintah kawalan pergerakan telah menyebabkan negara Asia Tenggara kini bergelut dengan kekurangan tenaga kerja, termasuklah industri minyak sawit negara.

Sekitar 10% pengurangan tenaga kerja telah dialami oleh industri khususnya industri pengeluaran.

Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) kini mengambil langkah efektif dengan merekrut bekas tahanan negara.

Menurut laporan Reuters – MPOA telah menghubungi Jabatan Pembangunan Orang Asli, Persatuan Pencegahan Dadah Malaysia, dan juga Jabatan Penjara untuk mencari tenaga kerja baharu.

Ini bukanlah pertama kali pihak MPOA membuka peluang pekerjaan kepada bekas tahanan. Tindakan itu telah dilakukan sejak 2016 lagi.

Kekurangan pekerja pada fasa September-November ini akan merugikan pengeluaran dan secara langsung akan memberi kelebihan kepada pengeluar Indonesia yang tidak memiliki masalah buruh kerja.

Setakat ini, MPOA menganggarkan bahawa industri telah kehilangan hingga 30% dari hasil potensi. Perkara ini menyebabkan pengeluaran minyak sawit mentah negara jauh lebih rendah daripada 19.9 juta tan pada tahun lalu.