Artikel

Malaysia Akan Perolehi Akses Vaksin – Itu Jaminan PM Muhyiddin

Malaysia bakal perolehi akses kepada vaksin COVID-19, itu jaminan Perdana Menteri Malaysia – Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Negara kini berada dalam perbincangan bersama dengan negara luar yang sedang membangunkan vaksin pandemik tersebut.

Meskipun, vaksin tersebut tidak dibangunkan dalam negara, TS Muhyiddin optimis bahawa rundingan Malaysia bersama negara luar mampu menjanjikan perolehan akses tersebut pada negara.

Setakat ini, Rusia dan China antara negara yang telah mengumumkan pengeluaran vaksin COVID-19 mereka.

Manakala, bagi pembangunan vaksin negara pula – Menteri Kesihatan Datuk Dr Adham Baba sebelum ini pernah mengatakan Malaysia masih lagi dalam fasa menyemak pelbagai data berhubung perancangan untuk peruntukan vaksin bersama kerjasama antarabangsa.