Artikel

Indonesia Menambah Twitter, LinkedIn Dan Shopee Untuk Senarai Syarikat Perlu Membayar 10% VAT

Pada bulan Julai lepas, Indonesia telah menyenaraikan sejumlah perkhidmatan dan perniagaan berasaskan internet untuk membayar cukai nilai tambah (VAT) sebanyak 10% atas jualan. Antara yang dinamakan ketika itu adalah termasuk Google, Netflix dan juga Facebook.

Terbaharu, kerajaan Indonesia menambah beberapa syarikat berasaskan internet lain dalam senarai berkenaan, termasuk antaranya adalah Twitter, LinkedIn, Skype, Zoom, McAfee, Microsoft, Shopee International Indonesia dan beberapa yang lain.

Dengan penambahan senarai ini, bermula 1 Oktober, syarikat berkenaan perlu mengenakan caj VAT kepada pengiklan dan pelanggan mereka yang lain.

Seperti ramai sedia maklum, kini ia memperlihatkan pelbagai syarikat beralih ke arena ekonomi digital, dan semestinya tanggungjawab terhadap negara turut perlu dilaksanakan dalam memastikan pelbagai utiliti dan infrastruktur terjaga untuk kelangsungan bersama.