Artikel

Prudential Dan AIA Mungkin Melabur Pada Grab Untuk Penawaran Kewangan

Grab sedia mempunyai bahagian kewangan mereka tersendiri, yang menawarkan sejumlah perkhidmatan memfokuskan kewangan.

Terbaru, ia dilaporkan beberapa syarikat kini dalam perbincangan untuk melabur pada bahagian kewangan Grab, termasuk antaranya adalah Prudential dan juga AIA.

Perbincangan nilai pelaburan pada bahagian kewangan Grab ini dianggarkan sekitar $300 juta ke $500 juta.

Sebelum ini, Grab mengalami tekanan pada bahagian perniagaan mereka disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan – membuatkan permintaan untuk perkhidmatan seru-pandu mereka berkurangan. Namun, perkhidmatan seperti penghantaran makanan meningkat, selain populariti nirtunai turut menguntungkan bahagian kewangan GrabPay.

Grab juga turut sedang melihat memperluaskan perkhidmatan mereka ke beberapa bahagian kewangan lain, termasuk berbentuk pinjaman, insuran, pelaburan pintar, dan juga turut telah memohon untuk lesen bank digital.