Artikel

Pos Malaysia Sasar Perolehi 2 Juta Bungkusan Bagi Setiap Bulan

Pos Malaysia jangka melalui Pos Laju SendParcel cecah dua juta bungkusan untuk setiap bulan, menjelang tahun 2021.

Jangkaan ini berlaku susulan perubahan aliran tingkah laku pengguna dalam perbelanjaan dan peningkatan jumlah pengguna berdaftar sekitar 86,000 setahun.

Menurut Syed Md Najib Syed Md Noor, Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, peningkatan ini dapat berlaku disebabkan peluasan perkhidmatan penghantaran ke lebih 200 cawangan kedai fizikal hingga platform e-dagang di seluruh negara.

Umum ketahui, penghasilan pendapatan utama Pos Malaysia adalah operasi kurier, bagaiamanapun masih terdapat kekurangan dari segi operasi kerana Pos Malaysia masih menggunakan cara manual dengan meminta pelanggan hadir ke kaunter Pos Malaysia.

Sehingga Julai 2020, Pos Malaysia telah melakukan penghantaran lebih 3.3 juta bungkusan dan catatan pendapatan sekitar RM21.7 juta.

Pos Malaysia kini menyasarkan perolehan pendapatan mereka mampu mencecah RM30 juta bagi akhir tahun ini.