Meskipun, semua individu boleh bersemuka secara maya namun Ketua Pegawai Eksekutif Netflix, Reed Hastings – mengatakan bekerja dari rumah tidak memberi kesan positif kepada operasi syarikat mereka.
Platform penstriman yang memiliki penonton sekitar 200 juta isi rumah ini mengatakan konsep tersebut telah mengehadkan pembangunan mereka.
Malah ia dilihat sekadar menyukarkan lagi sesi perbincangan idea syarikat.
Masalah ini tercetus disebabkan syarikat tersebut tidak dapat berkumpul secara langsung, khususnya pada operasi peringkat antarabangsa. Seperti yang umum ketahui operasi Netflix merangkumi pasaran Eropah dan Asia.
Bagaimanapun, Hastings sangat terkesan akan pengorbanan semua kakitangannya dan sehingga ini pihaknya masih mengekalkan operasi syarikat berkerja dari rumah. Seramai 8,600 kakitangan tidak perlu kembali ke pejabat sehingga penularan pandemik ini menemui garis penamatnya dan vaksin telah berjaya dihasilkan.
Tindakan yang sama turut dilakukan oleh syarikat gergasi lain juga iaitu Twitter, Fujitsu, Facebook dan Google.
Setakat ini, Netflix sentiasa bereksperimen dengan pelbagai kandungan digital, dan antara tumpuan mereka adalah animasi. Berikutan pelancaran Disney+ baru-baru ini telah menjejaskan pemaparan kandungan platform mereka.