Artikel

7 September 1968, Grand Prix Pertama Malaysia

Bersamaan dengan tarikh hari ini iaitu 7 September 1968 buat pertama kalinya, telah berlaku acara Grand Prix Malaysia di Selangor.

Temasya Formula Libre itu telah berlangsung di perkarangan Litar Lumba Batu 3, Jalan Kelang yang juga turut dikenali sebagai Litar Lumba Shah Alam.

Pada pembabitan awal acara itu, seramai 180 peserta pelumba kereta dan motor telah tiba dari pelbagai pelusuk dunia.

Sebelum wujudnya pelbagai segmen Formula, Malaysia telah bermula dengan Formula Libre. Temasya ini adalah satu bentuk perlumbaan kereta yang merangkumi pelbagai jenis kereta lumba yang dibina khas untuk bersaing. Perbezaan jenis dan kapasiti kenderaan membezakan penyertaan peserta pada acara di Grand Prix.

Ini bermakna setiap kereta memiliki keunikan yang tersendiri, menjadikan pertarungan lebih menarik, dan memaparkan persembahan pemanduan yang mengujakan.

Malah, untuk makluman pembaca acara perlumbaan pertama anjuran Kelab Sukan Motor Malaysia ini telah diperuntukan sekitar AS$150,000.

Manakala kos hadiah acara pula sekitar AS$40,000. Angka ini telah disumbangkan oleh pelbagai syarikat swasta.