Artikel

Tarikh Caruman Wajib Majikan Kini Dilanjutkan, Sehingga Disember – KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melanjutkan tarikh penyerahan caruman wajib majikan bagi bulan September hingga disember 2020.

Lanjutan tarikh ini meliputi perubahan tarikh asal pada 15 September kepada tarikh 30 setiap bulan.

KWSP sebelum ini telah melanjutkan tarikh pembayaran caruman tersebut bagi April hingga Ogos, ia bagi membantu meringankan bebanan pengguna ketika krisis COVID-19 mula berlaku.

Malah, tindakan KWSP ini selari dengan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga akhir tahun ini.

Para majikan kini boleh melakukan pembayaran caruman menerusi pautan portal i-Akaun (majikan) laman rasmi, mahupun pada perbankan internet atau kaunter bank.