Artikel

AmInvestment Tetapkan ‘Overweight’ Pada Sektor Minyak Dan Gas – Laporan

Memandangkan permintan minyak dan gas pada pasaran berterusan mengalami tekanan, AmInvestment Bank Research kini meningkatkan saranan terhadap sektor minyak kepada overweight.

Tindakan penetapan saranan ini adalah berdasarkan unjuran sektor minyak dan gas.

Seperti yang umum ketahui harga pasaran minyak mentah dunia kini adalah berada pada tahap kritikal sejak April lalu, ini didorong krisis pandemik serta ketidaktentuan pasaran minyak global.

Susulan itu, ramalan mereka terhadap pasaran minyak AS pada RM166 hingga RM187 (AS$40- AS$45) setong, manakala sasaran tahun 2021 pula adalah RM186 hingga RM207 (AS$45 – AS$50) setong.

Meskipun penurunan pasaran terus berlaku, industri masih menggunakan perbelanjaan modal (CapEx).

Setakat ini, pengurangan CapEx 20% hingga 30% untuk tahun 2020 telah diumumkan oleh Exxon Mobil, Royal Dutch Shell, Saudi Aramco dan Petrobras.

Catatan pada separuh pertama 2020, pemberian kontrak baru kepada pengendali Malaysia telah memaparkan penurunan 62% bagi tahun-ke-tahun (yoy) kepada RM2.2 bilion, dengan kejatuhan terburuk yang belum pernah dicapai pada separuh kedua tahun 2020.

Bagaimanapun, AmInvestment Research menaikkan permintaannya terhadap sektor ini. Pilihannya adalah Petronas Gas, Dialog Group, Serba Dinamik Holdings dan Petronas Chemicals Group.