Artikel

6 September 2006 – Pemergian Pakar Getah Asli Negara

Pada tarikh hari ini, tahun 2006 – Malaysia telah kehilangan satu nama besar dalam pembangunan industri Getah Asli negara iaitu Tan Sri Dr B. C. Sekhar.

Bagi anda yang tidak tahu, TS Sekhar adalah individu yang bertanggungjawab mengubah kedudukan Getah Asli Malaysia pada permintaan pasaran dunia. Menerusi kepakaran beliau, kualiti getah negara mampu mencapai piawaian nilai komoditi global.

Antara kejayaan beliau adalah menyelesaikan permasalahan industri berhubung alergik terhadap getah dan kain yang berasaskan getah. Menerusi permaslaah itu, TS Shekar telah mempertingkatkan kualiti getah asli kitaran semula – delink dan penghasilan getah asli rendah protein.

Perkara ini secara tidak langsung telah memberi kesan yang baik  pada pertumbuhan ekonomi negara.

Pemergian beliau disebabkan serangan jantung, telah mengejutkan ramai pihak. Pada ketika itu beliau sedang berkhidmat selaku Pengarah Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) dan Ahli Lembaga Pengarah Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Getah dan Penyelidikan Kawalan Getah. Pemergian beliau telah disahkan di Hospital Kallayappa, Chennai India ketika berusia 77 tahun.

Untuk makluman, sebelum diberi kepercayaan menjawat jawatan Pengarah RRIM – TS Sekhar telah memulakan kariernya sebagai Pakar Kimia di RRIM. Bermula dari situ, beliau telah menguruskan pelbagai penyeilidikan, khususnya pada perubahan fisio kimia bagi getah asli.

Rentetan daripada kepakaran beliau, ia telah berjaya membawah perubahan yang besar kepada institut terbabit sehingga berjaya menjadi badan penyelidikan yang disegani.

Malah ketika TS Sekhar menjadi Pengarah RRIM, beliau juga pernah memperolehi pengiktirafan antarabangsa kerana kecemerlangan penyelidikannya, permodenan industri perladangan getah dan langkah promosi berterusan serta menarik masyarakat tentang penggunaan Getah.

Selain dua jawatan tersebut, bagi pasaran antarabangsa beliau mula dikenali ramai sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan dan Penyelidikan Getah Antarabangsa (IRRDB). Menerusi jawatan itu, arena getah asli negara semakin berkembang luas dan pesat pada pasaran serantau.

Seterusnya selain bergiat aktif dalam arena getah, beliau turut terlibat pada penubuhan Institut Penyelidikan Kepala Sawit Malaysia dan menjadi pengerusi yang pertama. Melalui institut ini, pihaknya mengfokuskan kepada beberapa bahagian seperti kimia, biologi, teknologi, ekonomi dan penawaran kepakaran.