Artikel

Kadar Permohonan Pekerjaan Dijangka Meningkat 1 Juta Individu – KSM

Sekitar 72,000 rakyat Malaysia telah diberhentikan pekerjaan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

Menurut Kementerian Sumber Manusia (KSM) angka ini merangkumi syarikat yang berdaftar dibawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sahaja, tidak termasuk perniagaan yang tidak berdaftar dibawahnya.

Setakat ini, pihak KSM tidak memiliki keseluruhan data yang tepat berhubung penutupan premis perniagaan yang tidak berdaftar dengan Perkeso.

Bagaimanapun, berdasarkan data Jabatan Penerangan – kadar pengangguran negara telah mencapai lebih 700,000 penganggur dengan 4.9%.

Menurut Menteri KSM, Datuk Seri M. Saravanan – jumlah kadar pemohonan pekerjaan selepas ini akan lebih meningkat kepada satu juta. Ini kerana, merangkumi angka graduan baharu adalah sekitar 350,000 dan 200,000 lagi rakyat Malaysia yang kembali dari luar negara.

Oleh itu, antara sektor yang berpotensi untuk membantu mengurangkan kadar pengangguran ini adalah perkhidmatan. Inisiatif kerajaaan dalam mengehadkan pengambilan pekerja asing pada sekor terbabit perlu dimanfaatkan.