Artikel

5 September 2001, MyKad Dilancarkan

Setiap negara pastinya memiliki kad pengenalan tersendiri. Begitu juga dengan Malaysia,turut memiliki kad pengenalan diri iaitu – MyKad.

Untuk pengetahuan anda, MyKad telah dilancarkan pada 5 September 2001 iaitu bersamaan dengan tarikh hari ini. Melihat pada perkembangan pengunaan MyKad pada masa ini dalam setiap perkara, pastinya ramai yang tidak menyangka kad pengenalan diri mampu berfungsi sedemikian.

Pada 2001, pelancaran MyKad ini telah menjadikan ia sebagai sebuah kad identiti pintar yang pertama dicipta untuk rakyat Malaysia.

Apa yang lebih menarik, pemilihan nama MyKad sebenarnya membawa makna Malaysia dan kepunyaanku – kata ganti nama dalam bahasa Inggeris. Ini secara tidak langsung menjadi simbolik kepada penamaan ked pengenalan negara kita.

Berbekalkan gabungan teknologi cip dan biometrik, iai berfungsi meningkatkan lagi tahap keselamatan maklumat peribadi rakyat negara. Malah, faedah disebalik teknologi ini juga ia memiliki cip mikro dan kad memori EEPROM 32K/64K yang berupaya menyimpan pelbagai data pada kapasitinya.

Misalnya maklumat aplikasi yang merangkumi imbasan cap jari, data kad perbankan, maklumat kesihatan serta bahagian lesen.

Fungsi ini secara tidak langsung membezakan kad pengenalan diri kita dengan negara lain.

Sejak itu, penggunaan MyKad ini telah disasarkan kepada semua rakyat Malaysia, bermula umur dari 12 tahun. Tindakan ini termaktub di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959 (pindaan 2001).

Sekiranya individu gagal menunjukkan kad pengenalan mereka, maka boleh dipenjara sehingga 3 tahun atau didenda antara RM3,000 dan RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Malah setiap rakyat Malaysia turut disarankan untuk memperbaharui kad pengenalan tersebut ketika berumur 18 tahun. Sekiranya tidak berbuat demikian, penalti mungkin akan dikenakan ke atas individu terbabit.