Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia adalah antara entiti yang penting dalam memastikan kelangsungan pemilihan calon wakil rakyat bagi pentadbiran negara.
Menerusi peranan ini kita dapat lihat kepentingannya pada pembentukan sesebuah kerajaan.
Bermula detik 4 September 1957 mengikut Perkara 114 dibawah Perlembagaan negara, SPR mula dibentuk dan ditubuhkan. Pada ketika itu, YBhg. Dato’ Dr. Mustafa Albakri bin Haji Hassan adalah pengerusi pertama SPR.
Fungsi SPR ketika itu telah mula ditetapkan unutkĀ meninjau pelbagai kajian terhadap persempadanan semula Bahagian Pilihan Raya Berparlimen dan Negeri. Setiap kurang lapan tahun tinjauan itu akan dilakukan oleh pihak SPR.
Fungsi lain yang perlu diketahui umum adalah SPR bertindak selaku pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan segala urusan pilihan raya berjalan dengan lancar – bermula pada pendaftaran pemilih, semakan undi ataupun menjalankan pilihanraya kecil sekiranya berlaku kekosongan.
Malah setelah tertubuhnya SPR ini, Dasar Suruhanjaya Pilihan Raya pula dibentuk bagi memlihara proses demokrasi negara. Tindakan dasar ini untuk memastikan proses pemilihan kekal adil dan bebas.