Para pendeposit Tabung Haji yang tidak melakukan sebarang transaksi selama tujuh tahun berturut perlu mengaktifkan semula akaun mereka.
Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, mereka akan dikategorikan sebagai tidak aktif atau dorman.
Selain mengaktifkan semula akaun mereka, pendeposit turut disarankan mengemaskini data peribadi mereka supaya sebarang urusan rasmi dapat dilakukan dengan lancar.
Menurut Lembaga Tabung Haji, para pendeposit boleh melakukan transaksi pada mana-mana cawangan kaunter TH, ATM serta CDM mana-mana bank yang berhubung dengan TH.
Peringatan ini penting dalam memastikan para pendeposit kekal perolehi faedah simpanan pada TH, seperti dikecualikan cukai mahupun perolehi agihan keuntungan.