Artikel

Ekuinas Umum Agihan Keuntungan RM120 Juta, Beri Manfaat Pada Bumiputera

Yayaysan Pelaburan Bumiputra kini menerima agihan keuntungan sejumlah RM120 juta.

Pengagihan keuntungan tersebut telah diumumkan oleh Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) semalam (3 September).

Menerusi pengagihan ini ia secara terus memberi manfaat kepada para pemegang unit Bumiputera bagi dana amanah dibawah Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Menurut Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir, Ketua Eksekutif Ekuinas – pembahagian tersebut adalah sebahagian daripada keuntungan bersih Ekuinas dibawah Ekuinas Direct (Tranche I) Fund.

Dengan adanya prestasi yang baik ini, ia telah membuktikan peranan Ekuinas selaku ekuiti persendirian juga mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.