Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yakin sasaran pelaburan bernilai RM58 bilion, pada tahun ini dapat dicapai.
Kenyataan ini dapat dilihat berdasarkan perolehan data Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang menunjukkan Malaysia setakat ini telah mencapai 60% sasaran tersebut.
Menurut Pengarah EAC, Tan Sri Noor Azlan Ghazali – meskipun keadaaan ekonomi ini masih belum pulih sepenuhnya, namun sektor pelaburan telah memaparkan tanda-tanda peningkatan.
Perkara ini menunjukkan keyakinan para pelabur pada kegiatan operasi sektor pembuatan dan pengeluaran semakin meningkat.
Buat masa ini, pihak EAC masih mengadakan sesi perbincangan bersama pemain industri untuk lebih memahami cabaran yang dihadapi ketika krisis COVID-19 ini, sebelum dibentangkan pada pertemuan bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada minggu hadapan.