Menjelang akhir tahun ini, Amazon merancang untuk mewujudkan sejumlah 7,000 peluang pekerjaan baharu.
Setakat ini, syarikat gergasi e-dagang itu telah menambah 3,000 peluang pekerjaan dengan tugas tambahan pada operasi di United Kingdom (UK).
Ini bermakna sasaran keseluruhan peluang pekerjaan bagi tahun 2020 adalah 10,000.
Sudah pasti faktor krisis COVID-19 telah menjadi pendorong utama Amazon dalam memperluaskan platform mereka. Malah, tawaran peluang pekerjaan baharu ini meliputi peningkatan pada jualan atas talian platform tersebut yang kini melebihi 50% permintaan pelanggan.
Antara tugas tambahan yang ditawarkan adalah merangkumi peranan bahagian sumber manusia, kejuruteraan, teknologi, kesihatan dan keselamatan.
Menurut Amazon kadar bayaran minimum yang akan diterima oleh pekerja adalah sekitar RM52.32 per jam (£9.50). Menerusi penambahan peluang pekerjaan ini secara tidak langsung menjadikan jumlah tenaga kerja tetap platform tersebut melebihi 40,000 kakitangan.
Jumlah tersebut tidak termasuk dengan jumlah pekerja sementara (bermusim) yang merangkumi sekitar 20,000 kakitangan.