Artikel

Burger King Rancang Ubah Rekaan Premis, Demi Penjarakan Fizikal

Rangkaian makanan segera, Burger King kini merancang meminimakan interaksi fizikal antara pelanggan dengan mengubah struktur bangunan restoran mereka.

Ini bermakna, skala restoran akan menjadi lebih kecil sehingga 60% berbanding skala yang sedia ada. Meskipun ruang tersebut semakin terhad namun Burger King bakal menawarkan lebih banyak perkhidmatan digital pada rangkaian mereka.

Perancangan ini bagi menjamin kelangsungan premis perniagaan tersebut seiring dengan kesan pandemik yang sedang dilalui pada ketika ini. Perubahan rekaan ini membawa kepada penggantian ruang makanan dengan perkhidmatan digital seperti penyediaan tempat mengambil makanan – lokar berkod, pesanan secara mudah alih, sistem penghantaran makanan dan pandu lalu khas.

Perubahan ini bertujuan untuk mengatasi perubahan norma masyarakat dunia.

Rangkaian milik Restaurant Brands International Inc. ini mengatakan pihaknya tidak menjangkakan pembangunan rekaan baharu itu akan berlaku dalam masa yang terdekat.

Namun disebabkan krisis COVID-19 ia perlu disegerakan, demi operasi perniagaan mereka pihaknya perlu merangka strategi pasaran, bagi memenuhi permintaan pelanggan disamping perlu menitikberatkan penjarakan fizikal.

Ternyata perubahan format ini menunjukkan COVID-19 akan memberi kesan yang mendalam kepada industri makanan segera untuk jangka masa yang panjang.

Setakat ini, pihaknya tidak berkongsikan sebarang amaun kos pembinaan yang bakal dilakukan. Untuk pemulaan, restoran pertama yang akan memenuhi kriteria tersebut dijadualkan dibina pada tahun hadapan, 2021 – iaitu di Miami, Amerika Latin dan Caribbean.