Artikel

Tarif Elektrik Tahun 2021 Dijangka Menurun – TNB

Kadar tarif elektrik bagi tahun 2021 dijangka alami penurunan.

Bagaimanapun, tanggapan ini masih dibawah jangkaan Tenaga Nasional Bhd (TNB) kerana pihaknya memerlukan persetujuan dari Suruhanjaya Tenaga serta kelulusan pihak kabinet.

Jangkaan ini mula dilakukan susulan kos semasa bagi pengeluaran arang batu dan gas dikatakan akan mengalami penurunan pada tahun hadapan.

Untuk makluman pengguna, tarif elektrik pada ketika ini bergantung tinggi kepada kos pengunaan bahan api yang terdiri daripada arang batu dan gas.

TNB mengatakan sasaran itu tetap bergantung kepada penilaian pihak Suruhanjaya Tenaga, yang bakal mengumumkan tarif baharu pada akhir tahun ini.

Setakat ini, harga arang batu adalah pada RM43 bagi satu tan berbanding tahun 2019 RM65 satu tan.

Penurunan ini secara tidak langsung akan membawa kepada penjimatan.