Artikel

Terengganu Gesa CCC Pertimbangkan Semula Syarat Kontrak ECRL

Kerajaan Terengganu ingin China Communications Construction Ltd (CCC) mempertimbangkan cadangan mereka berhubung pemberian kontrak kepada syarikat tempatan bagi projek East Coast Rail Link (ECRL).

Tujuan cadangan itu adalah untuk membenarkan penglibatan syarikat tempatan dalam projek ECRL.

Meskipun 40% dari peruntukan projek yang bernilai RM7 bilion itu diberi pada syarikat tempatan, namun ia masih lagi terhad.

Menurut Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, penglibatan syarikat tempatan bukan hanya tertumpu kepada keuntungan sahaja namun ia mampu meningkatkan pengalaman sektor tempatan melalui projek ini.