Artikel

Pengenalan Model Sewa Baharu, Atasi Kesukaran Perkhidmatan – MAHB

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memperkenalkan model sewa baru kepada penyewa mereka, ini adalah sebahagian inisiatifnya dalam menghidupkan kembali perniagaan.

Perancangan ini tercetus berdasarkan kesukaran pandemik ketika ini telah menyekat pelbagai operasi perkhidmatan di lapangan terbang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan MAHB, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh – pihaknya tidak akan membiarkan situasi pandemik ini menganggu perancangan mereka dalam meningkatkan tahap perkhidmatan di lapangan terbang.

Penyewa sedia ada yang telah mendaftar atau bakal mendaftar di bawah program penetapan semula komersial lapangan terbang akan memperolehi keuntungan dengan pengurangan sewa sehingga 30% dari harga semasa, setara dengan penjimatan tahunan sebanyak RM45 juta.

Untuk makluman sejak 2018 lagi, MAHB telah memulakan inisiatif penetapan semula pembangunan komersial di lapangan terbang antarabangsa ini untuk menghidupkan kembali pengalaman runcit dan model sewa baru.

Tindakan itu bagi menarik pelbagai perkhidmatan untuk turut serta di lapangan terbang. Selain model sewa baharu ini, pihaknya menyediakan pakej bantuan bernilai RM22 juta untuk membantu peruncit lapangan terbang yng terjejas disebabkan COVID-19.

Sehingga kini, di bawah bantuan tersebut sekitar 650 penyewa runcit (80%) akan menikmati pengurangan sewa 50% selama enam bulan.