Siapa sangka disebabkan krisis COVID-19, jualan Lego kini papar peningkatan sehingga 14% bagi enam bulan pertama tahun 2020.
Tenyata tindakan kuarantin keluarrga dan isi rumah telah memberikan kelebihan kepada jualan Lego pada ketika ini.
Menurut Ketua Eksekutif Lego, Niels Christiansen – perkembangan jualan sangat membrangsangkan ketika perintah kawalan diseluruh dunia dilaksanakan. Meskipun kebanyakan sektor ekonomi kini telah kembali beroperasi – namun permintaan jualan masih lagi kekal tinggi.
Untuk makluman, tahun lalu Lego telah meningkatkan pelaburan pada platform e-dagang dan laman web jenamanya, yang menyaksikan jumlah pelanggan meningkat dua kali ganda kepada 100 juta pada enam bulan pertama tahun 2020.
Manakala, pendapatan syarikat pula memaparkan peningkatan sehingga 7% kepada 15.7 bilion krone (AS$2.5 bilion). Perbezaan peningkatan bagi pendapatan dan jualan ini disebabkan peruncit menggunakan inventori yang ada untuk memenuhi permintaan. Ini karena penutupan sementara operasi Lego di Mexico dan China terpaksa dilakukan.
Apa yang lebih menarik, walaupun Lego terpaksa menutup operasi fizikal mereka namun tindakan meningkatkan jualan produk pada atas talian telah berjaya meningkatkan prestasi premis.
Keberhasilan pemasaran Lego itu telah meningkatkan keuntungan operasi sehingga 11% kepada 3.9 bilion krone (AS$622 juta).