Bermula 1 September, AirAsia telah menetapkan caj pada kaunter daftar masuk untuk beberapa negara dan bandar terpilih sahaja.
Caj bayaran yang dikenakan pada kaunter daftar masuk kini adalah RM20 bagi penerbangan domestik manakala RM30 untuk penerbangan laluan antarabangsa.
Tindakan ini untuk mendidik para pelanggan beralih menggunakan sistem kiosk self-in yang telah disediakan.
Selain kiosk self-in, pelanggan juga boleh melakukan pendaftaran secara percuma menerusi laman rasmi, dan aplikasi mudah alih AirAsia.
Javed Malik, Ketua Pegawai Operasi AirAsia – mengatakan tindakan caj itu adalah untuk mendorong para pelanggan mereka beralih menggunakan teknologi digital yang sedia ada. Ini kerana, pelbagai pelaburan dan promosi telah dilakukan untuk membangunkan kecekapan sistem tersebut.
Malah, ketika krisis COVID-19 ini – kemudahan kiosk self-in menjadi sangat penting dalam meminimumkan hubungan fizikal antara pelanggan dan kakitangan AirAsia.