Artikel

1 September 1967 – Bahasa Melayu, Bahasa Rasmi Negara

Bahasa sememangnya melambangkan identiti sesebuah negara.

Tahukah anda pada 1 September 1967 Yang di-Pertuan Agong Sultan Ismail Nasiruddin Shah telah mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara bagi Persekutuan Malaysia.

Perisytiharan ini berhubung daripada tindakan Parlimen yang telah meluluskan Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan dalam sidangnya yang berlangsung pada bulan Mac 1967.

Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu menegaskan bahawa kedaulatan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi stelah melengkapkan makna merdeka buat Malaysia.

Malah rakyat juga diingatkan dalam Perlembagaan Malaysia ada menyebut bahawa Perkara 152, Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan telah dimuatkan dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan sebagai bahasa rasmi dan pengantar yang tunggal di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi melalui Penyata Razak 1956 dan disokong kuat oleh Penyata Rahman Talib 1960.

Kewujudan Perkara 152 tidak boleh dipadam sewenangnya kerana ia memerlukan perkenan Majlis Raja-Raja dibawah Perkara 159(5) sekiranya ia hendak dipinda.

Malaysia bagaimanapun tidak menyekat atau menafikan kedudukan dan hak bahasa kaum lain untuk digunakan, dipelajari serta dikembangkan dalam kehidupan seharian mereka.

Berikutan dari pengisytiharan baginda itu, secara langsung menjadikan Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu digunapakai dalam penulisan dan kegiatan rasmi bagi pentadbiran negara dan negeri.