Artikel

Zoom Raih Keuntungan Mendadak Bagi Suku Kedua 2020

Zoom papar peningkatan pada keuntungan bagi suku kedua yang berakhir pada 31 Julai 2020.

Aplikasi video persidangan itu kini mencatatkan peningkatan pendapatan kepada AS$663.5 juta. Catatan ini mengatasi jangkaan penganalisis sebanyak AS$500.5 juta.

Manakala keuntungan pula telah meningkat pada catatan AS$186 juta dan pertumbuhan pelanggan pula meningkat pada 458%.

Malah saham Zoom pada ketika ini turut mencecah pada paras tertinggi dengan kadar AS$325.10.

Antara kunci kejayaan Zoom adalah kemampuannya dalam meningkatkan langganan pengguna – iaitu meningkatkan pelanggan korporat dengan anggaran tinggi – berbanding dengan mereka yang menggunakan perkhidmatannya secara percuma.

Selain itu, krisis COVID-19 ini turut membantu meningkatkan penggunaan dalam kalangan pekerja di seluruh dunia, khususnya cara kerja yang menuntut perbincangan dan jarak jauh.

Bagaimanapun, disebalik peningkatan Zoom masih terdapat kelemahan infrastruktur yang perlu dihadapi iaitu antaranya adalah sistem keselamatan serta gangguan aplikasi.  Selain kelemahan sistem, Zoom juga perlu menjalani pemeriksaan politik berikutan hubungannya bersama China. Ini kerana sebahagian besar pasukan pembangunan perisiannya adalah di China.