Korea Selatan kini melaksanakan peningkatan saluran kewangan secara agresif bagi melindungi pekerjaan serta kedudukan ekonomi negara mereka.
Ekonomi keempat terbesar di Asia ini dilihat memerlukan dasar fiskal yang baik untuk memainkan peranan yang lebih besar bagi meningkatkan semula aktiviti ekonomi dan permintaan eksport mereka.
Kementerian Kewangan Korea Selatan mengatakan jumlah peruntukan akan meningkat sehingga 8.5% kepada RM1.95 trilion bagi tahun hadapan, sementara itu pendapatan pula akan meningkat 0.3%.
Seterusnya bagi membantu kejatuhan permintaan eksport dan sektor peruncitan – kementerian juga turut akan menetapkan 11.9% bagi pembangunan infrastruktur bahagian terbabit.
Tindakan ini akan menjadikan pertumbuhan ekonomi negara tersebut kekal mengalami defisit, iaitu nisbah hutang pada KDNK mereka meningkat sebanyak 6.9 mata peratusan kepada 46.7% untuk tahun 2021.
Menurut Hong Nam Ki, Menteri Kewangan Korea Selatan – meskipun hutang dan defisit fiskal negara sedikit meningkat, namun bagi memastikan kedudukan ekonomi negara mereka utuh – peningkatan perbelanjaan perlu dilaksanakan.