Artikel

Pandemik Gugat Prestasi Kewangan Syarikat Minyak Global

Industri minyak dan gas kini sekali lagi mengalami kejatuhan harga pasaran. Ini adalah kali ketiga sepanjang tempoh 12 tahun.

Penurunan harga ini telah didorong atas dua faktor, iaitu kejatuhan pemintaan bekalan komoditi dan krisis COVID-19. Susulan dua faktor ini, ia secara tidak langsung telah menyebabkan penawaran lebihan komoditi berlaku- ia secara terus mengakibatkan pulangan pasaran menjadi rendah dan telah mengurangkan potensi pertumbuhannya.

Terbaharu, Saudi Aramco kini melaporkan pendapatan bersih mereka telah memaparkan penurunan sehingga 50% kepada RM96.6 bilion (AS$23.2 bilion), ini menunjukkan aliran tunai mereka untuk tempoh enam bulan pertama sekadar mencatatkan AS$21.1 bilion berbanding tahun lalu dengan catatan AS$38 bilion.

Begitu juga Royal Dutch Shell turut melaporkan kerugian bagi nilai aset pasaran minyak mereka, disebabkan krisis COVID-19.

Memandangkan prestasi kewangan untuk pasaran minyak global semakin perlahan, kini semua pihak mulai tertumpu kepada syarikat minyak negara, Petronas Malaysia – yang bakal mengumumkan prestasi kewangan untuk suku kedua tahun 2020 pada 4 September kelak.

Bagaimanapun, menurut laporan Reuters ini – bagi mengurangkan kesan terhadap pasaran minyak, syarikat pengeluar perlu melaksanakan pemotongan kos dari segi perbelanjaan modal serta operasi.

Malah, situasi kes COVID-19 yang semakin meningkat naik di seluruh dunia turut mengubah jangkaan pasaran minyak bagi kembali stabil. Berkemungkinan tempoh 2 tahun diperlukan untuk mengembalikan keyakinan permintaan, sementara dunia menanti penghasilan vaksin virus.