Artikel

30 Ogos 1965 – Pembukaan Lapangan Terbang Terpanjang Di Asia Tenggara

Perkhidmatan perjalanan udara adalah antara sektor berkepentingan untuk sesebuah negara.

Ia bukan sekadar memberi manfaat pada aspek ekonomi, namun turut meliputi aspek politik negara. Kenyataan ini membawa kepada detik sejarah Malaysia, di mana pada 30 Ogos 1965 – negara telah melancarkan pembukaan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang buat pertama kalinya.

Pada ketika itu Lapangan Terbang SAAS ini adalah terminal penerbangan tunggal negara sebelum wujudnya pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pembukaan lapangan terbang tersebut merupakan terpanjang di Asia Tenggara dengan anggaran 11,400 kaki (kini perkiraanya adalah 12,401 kaki).

Lebih menarik anggaran pembukaan Lapangan terbang SAAS ini adalah sekitar AS$52 juta, ketika itu ia mampu menampung pelbagai jenis pesawat.

Namun setelah 55 tahun ia beroperasi – peranan Lapangan Terbang SAAS kini beri tumpuan kepada beberapa operasi sahaja. Ia terbahagi kepada tiga terminal, iaitu Terminal 1 akan mengfokuskan kepada penerbangan antarabangsa. Manakala Terminal 2 adalah penerbangan khas bagi pesawat laluan Malaysia-Singapura dan Terminal 3 pula khusus kepada penerbangan domestik.

Untuk makluman, kini bagi bahagaian Terminal 3, ia telah dinaik taraf dan dikenali sebagai Skypark – iaitu sebuah hub utama operasi syarikat penerbangan komuniti Firefly beroperasi dengan 12 pesawat ATR72-500 selain dari hub kedua di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Meskipun penerbangan Malaysia Airlines dan AirAsia beroperasi di KLIA, namun Lapangan Terbang SAAS masih menempatkan kaunter tiket penerbangan dua pesawat tersebut di Subang.

Setakat ini, dianggarkan Lapangan Terbang SAAS mampu mengendalikan lebih 60,000 pesawat dengan purat 1.3 juta pengguna.