Artikel

Hotel Trump, Dibawah Pengendalian Syarikat Malaysia Kini Muflis

Hotel Trump International, Vancouver Kanada yang dibawah pengendalian syarikat Malaysia – TA Hotel Management Ltd Partnership (TAHMLP), kini telah memfailkan muflis.

Pengumuman itu berlaku atas faktor krisis COVID-19 pada ketika ini telah menyebabkan empayar tersebut kehilangan pendapatan.

Penutupan operasi sejak Mac lalu telah memberi kesan yang mendalam kepada perniagaan hotel. Bagaimanapun, sejak tahun lalu premis tersebut telah mengalami kerugian penyusutan 4% untuk bahagian jualan makanan.

Berdasarkan isu ini, menurut kenyataan dokumen fail di Kanada, jumlah hutang TA Hotel Management Ltd kini adalah RM15.22 juta dan mereka mempunyai jumlah aset sekitar RM3.5 juta.