Syarikat barang kemas terkemuka di Malaysia, Habib Jewels, kini telah mengumumkan kerjasama dengan Les Copaque, dan melancarkan sebuah syiling emas edisi terhad berasaskan kepada watak animasi Upin & Ipin.
Syiling ini bukan sahaja membawakan nilai berharga, tetapi juga turut boleh menjadi bahan koleksi untuk para peminat siri animasi popular Upin & Ipin. Ia juga secara tidak langsung membangkitkan budaya menyimpan – apatah lagi harga emas memperlihatkan kenaikkan positif pada tahun ini.
Syiling emas eksklusif ini hadir dengan berat 0.2 gram, dan dijual pada harga RM118 setiap satu.