Artikel

Harga Petrol RON95, RON97 Naik 1 Sen

Penetapan harga runcit petroleum kini menunjukkan peningkatan bagi petrol RON95 dan RON97, manakala Diesel pula menunjukan penurunan.

Berdasarkan penggunaan formula Automatic Pricing Mechanism, ini adalah rangkuman harga runcit petroleum bagi tempoh 29 Ogos sehingga 4 September 2020.

RON95 dan RON97 kini mencatatkan kenaikan sebanyak 1 sen, dengan catatan masing-masing RM1.72 seliter, RM2.02 seliter.

Diesel pula memaparkan penurunan 2 sen dengan harga RM1.78 seliter.