Artikel

Detik 28 Ogos, Amanah Saham Wawasan 2020 Dilancarkan

Tanpa sedar negara kita sebenarnya sudah melibatkan diri dalam arena pelaburan sejak lebih sedekad lalu.

Antara peristiwa pelancaran yang boleh kita singkap adalah peristiwa pada hari ini. Iaitu pada tarikh 28 Ogos 1996 – sebuah skim pelaburan Amanah Saham Wawasan 2020 telah dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir ketika itu.

Meskipun negara memiliki pelbagai skim pelaburan, namun pelancaran skim ASW 2020 ini adalah antara pelancaran pelaburan yang cukup bermakna untuk negara.

Ini kerana pelaksanaan skim tersebut adalah terbuka kepada semua kaum, meskipun ianya terhad kepada generasi muda namun ia adalah antara detik yang bermakna untuk arena pelaburan negara, kerana ia mulai melibatkan semua masyarakat negara. Tindakan pelaksanaan skim adalah berikutan kejayaan yang diterima pada  kerajaan pada pelaksanaan Amanah Saham Nasional (ASN).

Ketika itu, kerajaan melihat ia adalah masa yang baik untuk membuka peluang kepada pelbagai kaum untuk menerima manfaat yang sama pada bahagian pelaburan.

Malah, pembangunan skim ASW 2020 ini juga bertujuan untuk merapatkan jurang ekonomi antara semua kaum menjelang 2020, di samping membantu mencapai kestabilan dan kemakmuran negara.

Menurut Tun Dr Mahathir – pelaksanaan Amanah Saham Wawasan 2020 ini akan mempunyai `stake’ yang sama bukan sahaja mendatangkan kejayaan pada Skim Amanah tetapi juga dalam kestabilan pada perdagangan negara dan persekitarannya.

Secara tidak langsung menunjukkan peranan ASW ketika itu amat penting dalam meningkatkan landskap pelaburan negara.

Jadi itulah antara faktor yang menjadi pencetus kepada pembangunan Skim Amanah Saham Wawasan 2020 atau Skim ASW 2020. Siapa sangka pada tarikh hari ini, kita dapat megimbau semula detik pelaksanaannya bagi wawasan pelaburan untuk tahun 2020.