Keuntungan bersih Tenaga Nasional Bhd (TNB) kini mencatatkan kemerosotan kepada RM653.30 juta bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2020.
Berbanding tahun lalu, TNB telah mencatatkan sekitar RM1.11 bilion untuk tempoh yang sama.
Berdasarkan kenyataan Bursa Malaysia, penyusutan pendapatan syarikat kini menjadi RM10.89 bilion berbanding RM12.87 bilion adalah disebabkan penurunan jualan elektrik.
Berikutan pelaksanaan sekatan kerajaan ke atas sektor ekonomi bermula Mac lalu, telah menyebabkan aktiviti pengeluaran dan penggunaan elektrik turut terkesan.
Meskipun KDNK negara mencatatkan penguncupan sebanyak 17.1%, TNB kekal positif bahawa keadaan itu sedang berada dibawah pemulihan. Di mana pemintaan penjanaan elektrik akan turut didorong peningkatan.