Artikel

Pendapatan Media Prima Merosot Kepada RM474.7 juta

Media Prima Bhd catat penyusutan pada pendapatan untuk enam bulan hingga 30 Jun 2020, dengan nilai RM474.7 juta.

Laporan itu secara jelas memaparkan kumpulan ini mengalami penurunan berbanding catatan pendapatan tahun lalu dengan RM535.8 juta.

Antara faktor yang mendorong penyusutan ini adalah pendapatan iklan bersih untuk tempoh tersebut menurun 26% berbanding separuh pertama 2019 berikutan perubahan pengiklanan (adex) yang lemah dan COVID-19 turut memberi kesan kepada laporan ekonomi kumpulan.

Meskipun tindakan penjimatan kos dengan mengurangkan perbelanjaan sokongan (overhead) sebanyak 19% telah dilakukan, tetapi Media Prima tetap memaparkan kemerosotan.

Smentara itu, kerugian bersih bagi tempoh itu dicatatkan lebih rendah sebanyak RM48.05 juta. Ini adalah peningkatan 10% daripada kerugian bersih RM53.6 juta yang dicatatkan pada tahun 2019.